sinopsis



Tanpa kesedihan, tiadalah kegembiraan di akhirnya. Itulah pegangan Elly dalam percintaan. Elly, seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki. Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup. Kebuntuan tersebut mendorong Elly mengikut kata hati.

Apakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati? Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan kemunculan filem ‘APA KATA HATI?’ lakonan Raja Farah, Farid Kamil, Awal Ashaari, Dynas, Awie, Ogy Ahmad Daud, Harun Salim Bachik, Kartina Aziz, AC Mizal dan ramai lagi cameo lain pada mulai 29hb Mei 2008 di pawagam berhampiran anda!

sumber: sinemamalaysia

1 comments:

  1. lin said...

 

K2 Modify 2007 | Use it. But don't abuse it.